Sebut sahaja negeri Kelantan, ramai yang tahu tentang keunikan tradisi dan makanan di negeri ini. Selain itu, negeri yang dikenali sebagai Cik Siti Wan Kembang ini , terkenal dengan beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong.
Pertama,
Kelantan dikenali sebagai kawasan bebas cukai seperti :
RANTAU PANJANG
Pasar Rantau Panjang adalah tempat menjual dan membeli barangan bebas cukai. Pasar rantau panjang dibuka mulai 10 pagi hingga 7 petang. Pasar ini menjual barangan seperti pakaian, makanan , permainan kanak-kanak dan banyak lagi dengan kadar harga yang amat murah. Disebabkan itu, ramai pelancong dari dalam Negara dan luar Negara datang untuk membeli belah di sini. Pasar ini juga menjual aksesori wanita seperti handbag,periuk,dan lain-lain. Pasar ini juga banyak menjual makanan kegemaran orang Kelantan dan Thailand .
PANTAI TOK BALI
Tidak ramai yang mengetahui asal usul nama Tok Bali, Kelantan. Pelbagai versi yang diceritakan kepada penulis dari manakah nama kawasan yang terkenal dengan pesisir pantai cantik dan kawasan perikanan ini di berikan. Ada yang kata ia berasal dari pokok bali, limau bali dan juga Bali Indonesia. Namun, cerita yang popular sejak dahulu ia diberi nama bersempena seorang nelayan berasal dari Bali, Indonesia yang memasuki perairan pantai Kelantan dengan perahu yang karam sebelum terdampar di pesisiran. Penduduk tempatan yang tinggal berhampiran menemuinya dan mempelawa nelayan dari Bali tersebut tinggal di situ untuk beberapa tahun sebelum balik semula ke Bali. Dari situlah, kawasan tersebut di beri nama Tok Bali, yang merujuk kepada nelayan dari Bali, Indonesia. Kisah ini difahamkan berlaku pada beberapa abad yang lalu. Sejauh mana kesahihan, tidak dapat dipastikan.
TAMAN AIR SPLASH DI KOTA BHARU
Taman Air Splash ini satu-satunya taman air yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan. Taman ini terletak di Taman Indera Petra Kota Bharu (bersebelahan Kota Darul Naim) yang sangat dicadangkan untuk anda berkunjung seisi keluarga dengan membawa anak anda mandi sewaktu cuti sekolah mahupun hujung minggu.
Jika anda menginap di homestay atau hotel yang tiada kolam mandi, tentunya kunjungan ke Taman Air Splash memberikan lebih keriangan kepada anak-anak anda.
Pendek kata, tiada yang lebih menggembirakan anak anak apabila diulit kedinginan air dan ketenangan Taman Air Splash apabila bercuti di Kelantan.
KAMPUNG KRAF TANGAN
Walaupun namanya Kampung Kraftangan, namun ia bukanlah kampung sebenar. Hanyalah simbol pelancongan untuk dijadikan daya tarikan kepada pelancong.
Barangan tersebut meliputi barangan ukiran kayu, buluh, songket, raga, pelbagai jenis cenderamata dan hasil anyaman rotan.
KOTA SULTAN ISMAIL PETRA KOTA BERSEJARAH
Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar.
Selain monumen bersejarah, anda juga boleh melawati tempat menarik lain yang berdekatan seperti Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tambatan Di Raja.
Jika bercuti di Kelantan, jangan lepaskan peluang berkunjung ke kawasan ini terutamanya jika anda pertama kali ke Kelantan.
Setiap monumen mempunyai sejarah serta latar belakang tersendiri. Untuk info sejarah yang lebih lengkap, anda boleh dapatkan terus apabila berkunjung ke sini dengan membaca informasi yang disediakan di setiap monument.





No comments:
Post a Comment