Thursday, 17 November 2016

                    AGENSI-AGENSI PELANCONGAN DI KELANTAN


1)Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd

Address: PT 195A, Jalan Bayam Kampung Bayam, Kelantan, 15200 Kota Bharu, Malaysia
 
 

2)Tursina Travel Sdn Bhd 

Travel Agency · Wakaf Che Yeh
 
Address: Lot PT 441,Tingkat 1 (Sebelah Bank Islam), Kompleks Niaga, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
 
 

3)Syaza Travel & Tours Sdn Bhd (Kelantan) 

Travel Agency · Bandar Kota Bharu
 
Address: PT 2223, Tingkat 1, Jalan Long Yunus, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
                                                     PETA NEGERI KELANTAN
















Sebut sahaja negeri Kelantan, ramai yang tahu tentang keunikan tradisi dan makanan di negeri ini. Selain itu, negeri yang dikenali sebagai Cik Siti Wan Kembang ini , terkenal dengan beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong.





Pertama,


Kelantan dikenali sebagai kawasan bebas cukai seperti :



RANTAU PANJANG






Pasar Rantau Panjang adalah tempat menjual dan membeli barangan bebas cukai. Pasar rantau panjang dibuka mulai 10 pagi hingga 7 petang. Pasar ini menjual barangan seperti pakaian, makanan , permainan kanak-kanak dan banyak lagi dengan kadar harga yang amat murah. Disebabkan itu, ramai pelancong dari dalam Negara dan luar Negara datang untuk membeli belah di sini. Pasar ini juga menjual aksesori wanita seperti handbag,periuk,dan lain-lain. Pasar ini juga banyak menjual makanan kegemaran orang Kelantan dan Thailand .




 PANTAI TOK BALI





 Tidak ramai yang mengetahui asal usul nama Tok Bali, Kelantan. Pelbagai versi yang diceritakan kepada penulis dari manakah nama kawasan yang terkenal dengan pesisir pantai cantik dan kawasan perikanan ini di berikan. Ada yang kata ia berasal dari pokok bali, limau bali dan juga Bali Indonesia. Namun, cerita yang popular sejak dahulu ia diberi nama bersempena seorang nelayan berasal dari Bali, Indonesia yang memasuki perairan pantai Kelantan dengan perahu yang karam sebelum terdampar di pesisiran. Penduduk tempatan yang tinggal berhampiran menemuinya dan mempelawa nelayan dari Bali tersebut tinggal di situ untuk beberapa tahun sebelum balik semula ke Bali. Dari situlah, kawasan tersebut di beri nama Tok Bali, yang merujuk kepada nelayan dari Bali, Indonesia. Kisah ini difahamkan berlaku pada beberapa abad yang lalu. Sejauh mana kesahihan, tidak dapat dipastikan.




TAMAN AIR SPLASH DI KOTA BHARU




Taman Air Splash ini satu-satunya taman air yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan. Taman ini terletak di Taman Indera Petra Kota Bharu (bersebelahan Kota Darul Naim) yang sangat dicadangkan untuk anda berkunjung seisi keluarga dengan membawa anak anda mandi sewaktu cuti sekolah mahupun hujung minggu.

Jika anda menginap di homestay atau hotel yang tiada kolam mandi, tentunya kunjungan ke Taman Air Splash memberikan lebih keriangan kepada anak-anak anda.
Pendek kata, tiada yang lebih menggembirakan anak anak apabila diulit kedinginan air dan ketenangan Taman Air Splash apabila bercuti di Kelantan.




KAMPUNG KRAF TANGAN




Kampung kraftangan yang terdapat di bandar Kota Bharu ini adalah antara lokasi pelancongan utama Negeri Kelantan.
Walaupun namanya Kampung Kraftangan, namun ia bukanlah kampung sebenar. Hanyalah simbol pelancongan untuk dijadikan daya tarikan kepada pelancong. 

Bagi yang ingin membeli cenderamata untuk yang tersayang, terdapat pelbagai jenis barangan cenderamata, hasil kraftangan, barangan tradisional yang dijual di Kampung Kraftangan.
Barangan tersebut meliputi barangan ukiran kayu, buluh, songket, raga, pelbagai jenis cenderamata dan hasil anyaman rotan.


                        


                              KOTA SULTAN ISMAIL PETRA KOTA BERSEJARAH
                                     

Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar.
Selain monumen bersejarah, anda juga boleh melawati tempat menarik lain yang berdekatan seperti Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tambatan Di Raja.

Jika bercuti di Kelantan, jangan lepaskan peluang berkunjung ke kawasan ini terutamanya jika anda pertama kali ke Kelantan.

Setiap monumen mempunyai sejarah serta latar belakang tersendiri. Untuk info sejarah yang lebih lengkap, anda boleh dapatkan terus apabila berkunjung ke sini dengan membaca informasi yang disediakan di setiap monument.


        


                                        

                                                MAKANAN RAKYAT KELANTAN



                                                  NASI KERABU WARNA BIRU




Nasi Kerabu juga antara makanan Pantai Timur yang biasa didapati di mana-mana di negara kita. Warnanya yang biru menjadikan nasi ini sedikit istimewa. Nasi kerabu juga biasanya dihidangkan dengan beberapa lauk tertentu. Itulah beberapa keistimewaan nasi kerabu ni.





                                                                 KETUPAT SOTONG


Ketupat sotong ni.. bukan ketupat.. tapi nampak gayanya memang sedap. Yelah, pulut diisikan ke dalam sotong kemudian dimasak dengan gula melaka dan bahan-bahan lain. Bagi yang tak pernah merasa tu bolehlah mencuba nanti kan?.



                                                                  

                                                                          BUDU


Ini merupakan makanan yang sinonim dengan Rakyat Negeri Kelantan. Mungkin yang berminat untuk mencuba makanan ini perlulah mendapat tunjuk ajar bagaimana untuk menikmati makanan unik ini. Bagi yang tidak biasa mungkin tidak dapat menikmati hidangan istimewa ini sekiranya cara hidangannya salah.
                                                                         

                                                                    LAKSAM


Sekali pandang makanan ni macam 'Kueh Tiow' jer. Tetapi Laksam sememangnya berbeza walaupun ianya juga diperbuat daripada tepung beras. Laksam dihidangkan bersama-sama dengan kuahnya dan juga beberapa sayur (kesum, taugeh, bunga kantan dan sebagainya). Kalau dilihat dengan teliti laksam ni umpama laksa yang berwarna putih!

Begitulah serba sedikit tentang keunikan makanan-makanan yang terdapat di Negeri Kelantan. Memang agak berbeza kerana sajian-sajian dari negeri ini kebanyakannya manis. Bagi yang akan berkunjung ke Negeri Kelantan diharap dapat memanfaatkan informasi ini dalam memilih hidangan yang akan anda cuba di sana. Mungkin anda boleh menikmatinya di Pantai Barat Semenanjung juga... tetapi menikmatinya di negeri asal makanan-makanan ini tentu menambahkan lagi 'manis kenangan' kunjungan anda nanti. Selamat mencuba.

                                                          TEMPAT PENGINAPAN

                                               

                                                          RUMAH SEWA DI KAMPUNG


Bagi penggemar suasana kampung yang segar dan nyaman, Kampung Bachok ada menyediakan rumah penginapan yang berhampiran dengan pantai Bachok. Kadar bayaran sangat murah dan bersesuaian .



                                                    HOTEL MUTIARA INTAN


Bagi sesiapa yang inginkan penginapa yang selesa dan mewah, Hotel Permata Intan menyediakan hotel yang setaraf dengan hotel hotel mewah dengan harga yang berpatutan. Hotel ini terletak di Kota Bharu Kelantan. Hotel ini juga dikatakan amat strategic kerana kedudukannya di tengah tengah bandar.



                                                                      HOTEL BAJET


Bagi yang inginkan penginapan di hotel tetapi kekurangan bajet , di Kelantan terdapat banyak hotel bajet telah didirikan di setiap bandar seperti di Tanah Merah, Gua Musang, Pasir Mas, Kota Bharu dan banyak lagi. Dengan ini, para pengunjung dapat menikmati penginapan yang selesa dan dapat menjimatkan kos.
                                             AKTIVITI MENARIK DI KELANTAN



                                                                   WAU BULAN





Permainan wau sebagai salah satu permainan tradisional di Kelantan.Permainan ini biasanya dimainkan selepas musim menuai.Terdapat banyak jenis wau seperti wau jala budi,wau kucing,wau merak,wau bulan dan lain-lain lagi.Ianya boleh di dapati sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan.


                                               GASING


Terdapat dua jenis gasing yang biasanya dimainkan oleh masyarakat Kelantan iaitu Gasing Uri dan Gasing Pangkah.Gasing Uri dibuat daripada logam timah dan kayu merbau.Paksinya dibuat daripada besi dan kepalanya dibuat daripada tanduk kerbau supaya gasing itu lebih cantik.Manakala Gasing Pangkah pula diperbuat fari kayu keranji.Perusahaan ini terdapat di Kampung Ana Jal Besar,Tumpat,Kampung Gertak Kechupu,Kota Bharu dan Kampung Kubang Telaga,Bachok.



                                                           WAYANG KULIT


Wayang Kulit merupakan sejenis permainan tradisi masyarakat Kelantan,biasanya diadakan di bangsal atau panggung lengkap dengan kumpulan muzik serta patung-patung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak.Tok Dalang merupakan orang yang melakonkan atau menggerakkan patung-patung wayang kulit mengikut kisah cerita yang hendak dipertunjukkan.Kisah cerita dalam permainan wayang kulit asalnya dari epik Hindu tetapi kini telah diubahsuai dengan kebudayaan melayu tempatan.Perusaan ini boleh didapati di Kampung Kemasin,Bachok,Kampung Chetok,Pasir Mas,Kampung Laut,Tumpat,Kampung Setek,Kota Bharu dan Kampung Sri Tanjong,Tumpat.


                                       SENI TARIAN SILAT



Seni mempertahankan diri bagi masyarakat melayu warisan paling berharga yang mana persembahanya diwarnai dengan kepelbagaian seni dan bunga tarinya.Perkatan silat itu sendiri menunjukan kesinambungan seni mempertahankan diri dengan ketangkasan dan kelembutan dalam pergerakkan silat yang biasanya,dipersembahkan dalam majlis keramaian dan diiringi oleh paluan gendang tradisional dan keunikan alunan tiupan serunai.